Thursday, 14 November 2013

PENGARAH AKEDEMI ANAK KAMPUNG NDAK PUAS HATI??

UMP – Pengarah Akedemi Anak Kampung Kenrick Bilong melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak media yang gemar melaporkan kontroversi mengenai AAK ini secara berlebihan.

Kenrick Bilong, 22, berkata, selama ini dia sering bertolak ansur dengan pihak media yang ingin menemu bualnya namun terdapat individu yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasikan kenyataan yang diberi agar menjadi lebih sensasi.
“Saya hormat semua pihak kerana saya faham masing-masing mempunyai tujuan yang dilakukan. Antara AKK dan peminat kita saling memerlukan.

“Tetapi kadang-kala saya kecewa dengan gaya penulisan yang disampaikan dalam berita AKK yang dipaparkan. “Malah ada yang tidak patut ditulis pun mereka tulis. Saya tak kata semua. Tetapi adalah individu yang berbuat demikian,” katanya kepada mStar AKUltras.

Tambah Kenrick Bilong, lebih pelik lagi ketika dia berada di KK4 , semasa menyelesaikan tugasan PSM yang tidak lama lagi, namanya dan ahli Akedemi Anak Kampung tetap dikaitkan dengan pelbagai laporan kontroversi.
Bagaimanapun keadaan itu membuatkan Kenrick Bilong lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang kenyataan selepas ini dan akan menggunakan medium laman social https://www.facebook.com/groups/Anak Kampung SC sekiranya ingin membuat sebarang penjelasan kepada umum.

“Sekarang ini saya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap kenyataan yang diberi. Ataupun saya hanya perlu membuat kenyataan di laman sosial agar memudahkan kerja semua pihak selain tidak perlu menjawab pertanyaan sama berulang kali,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, KENRICK BILONG berkata, dia bersyukur apabila kontraversi ini menaikkan lagi nama AAK dan teruja dengan kehebatan AAK dan berkemungkinan akan meneruskan dalam menceburi sukan ini .

“OKAY la, selepas melalui proses penapisan KONTROVERSI di LPAAK (Lembaga Penapis AHLI anak kampung), hanya 5 orang sahaja yang di kesan. Tak banyak pun.

Berikut merupakan spekulasi yang menjadi kontroversi di kalangan Anak kampong

1. Anan El-Guaje (east cost --> anak kampung) belum dsahkan

2. Esamudin Musa (anak kampung--> celani fc) belum disahkan

3. Hazrim Abd Karim (anakkampung-->jaguh kampung) disahkan

4. ChristbenJimmyOO dilepaskan.

5. Ir Labab Hassan loan john lighter putih

Adakah ini merupakan suatu perubahan awal kepada AAK?
Tepuk dada,Tanya anak kampong!
“Semoga penapisan kontroversi AKEDEMI ANAK KAMPUNG ini memberi kepuasan kepada semua nanti,” kata KENRIKC BILONG. - mStar AKUltras

2 comments: